Friday, May 16, 2008

Ikhlas

"Ikhlas juga merupakan kekuatan iman yang mendorong seseorang Muslim setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membersihkan diri dari kepentingan- kepentingan peribadi. Muslim yang ikhlas akan terbebas dari unsur yang lain, amalannya itu hanya dilakukan kerana Allah SWT dan tidak mencari balasan atau ucapan terima kasih daripada orang lain.

Oleh itu, seorang Muslim itu hendaklah berniat bahawa segala perkataannya, pekerjaannya dan perjuangan jihadnya adalah kerana Allah SWT dan untuk mendapat keredhaanNya dengan tidak mengharapkan keuntungan, pangkat kedudukan, kemegahan dan gelaran. Dengan niat yang ikhlas itu, seseorang Muslim akan menjadi seorang pengikut (yang setia) kepada fikrah dan aqidah dan bukanlah pengikut yang tamakkan keuntungan serta kepentingan diri."

[Rujukan: Ahmad Hafiz Jaafar (2007/2008), “Konsep al-Fahm dalam Arkan al-Bai’ah Ikhwan Muslimin” (Latihan Ilmiah, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur); m/s: 37 dan 38]

No comments: